|
Alatan |
WikispesiesWikispesies ialah sebuah projek yang disokong oleh Yayasan Wikimedia dan boleh disunting oleh sesiapa jua. Projek ini merupakan sebuah direktori spesies yang terbuka dan bebas.
[sunting] MisiMisi projek ini, yang merangkumi rencana-rencana haiwan, tumbuhan, kulat, bakteria, arkea, protista dan semua bentuk hidupan yang lain, akan dikembangkan bersama-sama dengan projek-projek wiki yang lain, khususnya Wikipedia. [sunting] Bahasa lainWikispesies boleh didapati dalam 131 bahasa dan juga dilesenkan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU [sunting] Halaman spesies tipikalSebuah halaman spesies tipikal akan mengandungi bahagian taksonavigasi, nama vernakular, klasifikasi alternatif, rujukan, nota, dan mungkin juga pemerian spesies. Nama vernakular merupakan pautan yang mengaitkan rencana-rencana Wikipedia berbilang bahasa. [sunting] TemplatTerdapatnya lima templat dalam halaman templat. Templat-templat ini berbeza dengan templat Wikipedia dan tidak dapat dipaparkan dalam Wikipedia. Terdapat juga 11 bahagian tentang templat burung dalam halaman Pengguna:Open2universe. [sunting] Portal MasyarakatPortal Masyarakat Wikispesies mempunyai banyak pautan yang mengaitkan perkara-perkara yang diperlukan oleh seseorang untuk menambahkan pengetahuannya tentang kaedah-kaedah Wikispesies. Bagaimanapun, bentuknya serupa sahaja dengan Portal Masyarakat kita. [sunting] Kedai KopiKedai Kopi Wikispesies ialah tempat untk membincangkan projek Wikispesies. Halaman ini yang terbesar Wikispesies pada waktu ini adalah serupa dengan halaman perbualan rencana dalam Wikipedia. [sunting] Permohonan rencanaBahagian permohonan rencana ialah bahagian yang kita akan melihat untuk rencana-rencana yang dipohon oleh sesetengah pembaca Wikispesies. Salah satu rencana yang dipohon dahulu ialah Crotalus. Rencana itu dicipta pada 1 Januari 2006 oleh pengguna Lycaon. [sunting] Piagam AmPiagam Wikispesies yang ditulis oleh Jimmy Wales merupakan asas Wikispesies. Piagam itu menyatakan:
[sunting] BantuanHalaman bantuan memberikan pengenalan untuk menyunting dalam Wikispesies. Halaman ini adalah serupa dengan halaman bantuan Wikpedia. [sunting] Pautan luar
|
|||||||