|
Alatan |
Wikipedia:Tutorial (Pautan)
Seperti laman web lain, pautan adalah penting dalam rencana Wikipedia.
[sunting] Pautan dalamanSatu perkara lumrah dalam Wikipedia ialah memautkan suatu rencana dengan rencana yang lain (dipanggil pautan dalaman). Pautan ini membolehkan pembaca mendapatkan maklumat berkaitan semasa membaca rencana tersebut. [sunting] Bila memautJika anda merasakan pautan itu memberi banyak kebaikan kepada pembaca, anda sebaik-baiknya membuat pautan tersebut. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya tidak membuat lebih daripada satu pautan untuk perkataan yang sama dalam rencana yang sama. Maksudnya, jika pautan perkataan tersebut sudah wujud di awal rencana, anda tidak perlu membuat pautan untuknya lagi. [sunting] Bagaimana memautApabila anda ingin meletakkan pautan kepada laman lain, anda perlu meletakkannya dalam dua kurungan petak seperti berikut:-
Jika perkataan yang dipautkan itu mempunyai bentuk yang berbeza dengan tajuk rencana yang ingin dipautkan, anda boleh menggunakan tanda pembahagi "|". Katakan anda ingin memautkan "tatabahasa" kepada Bahasa Melayu, anda boleh menggunakan cara berikut.
[sunting] Memaut tarikhJika tarikh dipautkan, bentuk tarikh yang dipamerkan dalam rencana akan mengikut bentuk pilihan pengguna. Misalnya, katakan teks yang tidak dipautkan ialah 13 Julai 2004. Jika anda memautkan teks tersebut, [[13 Julai]] [[2004]], Wikipedia akan mempamerkan tarikh tersebut sebagai Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya boleh digunakan oleh pengguna berdaftar sahaja. [sunting] KategoriAnda juga boleh mengaitkan beberapa rencana berkaitan dengan menggunakan kategori. Cuma taip [[Kategori:A]], gantikan A dengan kategori yang diingini. Untuk memaut kepada kategori, letakkan kolon (:) di hadapan seperti ini:
Pastikan anda menggunakan kategori yang betul supaya rencana anda mudah dicari orang lain. Cara terbaik adalah dengan melihat rencana berkaitan, contohnya jika anda menulis mengenai tebuan, anda mungkin mahu melihat kategori yang digunakan untuk lebah.
|