Wikipedia:Penyelia/Permohonan

Pentadbiran
Polisi
Tanggungjawab
Birokrat
Pemeriksa
Permohonan
Pengundian
Log hak pengguna

Setiap pengguna aktif Wikipedia yang mengetahui tentang peraturan serta polisi Wikipedia, serta memiliki keinginan untuk memajukan Wikipedia layak untuk memohon menjadi seorang penyelia.

Senarai kandungan

Syarat menjadi penyelia

Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:

  • Anda haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, interwiki dsb.
  • Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
  • Telah menyunting di Wikipedia minimum selama 3 bulan.
  • Jumlah suntingan minimum mencapai 500. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
  • Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
  • Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, menambahkan interwiki, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
  • Dipersetujui minimum 70% pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan pengguna boneka).
  • Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.

Langkah

  • Taipkan nama calon penyelia di bahagian "Permohonan menjadi penyelia" di bawah ini. Jangan lupa untuk menandatangani permohonan anda.
  • Penyelia kemudian akan memindahkannya ke laman pengundian.
  • Pengundian dijalankan.
  • Sekiranya berjaya (sokongan melebihi 70% jumlah undian), calon tersebut akan dilantik oleh salah seorang birokrat.

Catatan; Pengguna yang kelihatan sememangnya tidak layak menjadi penyelia dan tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidak akan dipindahkan ke laman pengundian dan permohonan akan ditolak.

Permohonan menjadi

Penyelia

Birokrat

Pemeriksa

Permohonan melucutkan

Penyelia

Birokrat

Pemeriksa


Pozycjonowanie stron Warszawa Zakopane Hotele Herbalife Życzenia ślubne Hamachi Hosting www życzenia wartościowy katalog usługi krawieckie Oranżeria Kołki rozporowe gry Prawo pracy ustka lpi vialle kick koparki Bułgaria wczasy Karaoke tani kredyt hipoteczny COOLsurf