|
Alatan |
Wikipedia:Laman perbincanganLaman perbincangan ialah suatu laman khas dalam Wikipedia yang berfungsi untuk membolehkan komunikasi antara pengguna. Pada dasarnya terdapat 3 jenis laman perbincangan, iaitu:
[sunting] Cara memasuki laman perbincanganUntuk memasuki laman perbincangan, anda boleh menekan pautan berkenaan dengan tetikus anda. Seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar rajah dibawah: [sunting] Pautan kedai kopiAnda boleh menjumpai pautan kedai kopi teletak di Laman Utama ms.wikipedia.org, seperti apa yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah: [sunting] Pautan halaman perbualan penggunaSetelah log masuk, pauatn laman perbualan untuk anda secara automatiknya akan muncul, seperti apa yang ditunjukkan di bawah: Tetapi ini hanya laman perbualan pengguna untuk anda sendiri, kegunaannya adalah supaya anda dapat dihubungi pengguna lain. Di sini anda dapat membaca pesanan yang ditinggalkan oleh kawan-kawan anda. Untuk menghubungi pengguna lain, anda harus meninggalkan pesanan anda di laman perbualan yang dimilikinya. Contohnya, kalau anda mahu menghubungi seorang pengguna yang bernama Ychmatematik, maka anda harus mencari laman penggunanya dengan memasukkan "Pengguna: Ychmatematik" di ruang carian. Sekiranya pengguna ini masih wujud maka ia akan laman penggunanya akan muncul. Anda boleh menghubungi pengguna ini menerusi laman perbincangan yang ada pada halaman pengguna berkenaan: [sunting] Pautan perbincangan penggunaLaman perbincangan pengguna merupakan laman yang disediakan untuk membolehkan pengguna berbincang tentang sesuatu rencana. Pautannya terdapat di atas setiap halaman rencana. Di sini kita mengambil rencana Formula Satu sebagai contoh: [sunting] Cara menggunakan laman perbincanganSelepas memasuki laman perbincangan, anda akan menjumpai pesanan yang ditinggalkan oleh pengguna lain. Pesanan ini mungkin terdiri daripada soalan ataupun cadangan. Anda boleh memberi respon kepada pesanan ini, ataupun terus memulakan perbincangan baru menerusi butang sunting. Caranya adalah seperti cara anda menyunting rencana. [sunting] Lihat juga |