|
|
|
Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib12/2007Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.
Tolong SayaBoleh saya tahu dimana letaknya daftar -daftar yang mewakili perkataan. Contohnya macam ini >>{{Padam}}<< >>{{Stub}}<< >> {{undi|Y}}<<. Boleh beritahu mana kesemua tempatnya. >>{{padam}}<< dan >>{{stub}}<< Kedua-dua templat ini di Wikipedia:Pesanan khas MediaWiki. Manakala {{undi|Y}}<< Terletak di Wikipedia:Penyelia/Pengundian. — Imran Al-Sahih 02:49, 1 Disember 2007 (UTC)
Erm....Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada yang menolong saya dalam memperbaiki akaun saya yang #$%^&. Mungkin Aurora ataupun Edmund yang membetulkankannya. Atau mungkin juga orang lain. Terima Kasih Banyak2, Thanks A Lot, Merci Bucus dan Syukran Jazilan..Andre Arthur 12:32, 1 Disember 2007 (UTC) terjemahkanSalam semua, saya tak berapa fasih dengan bahasa Indonesia, boleh tolong jelaskan apa maksud teks ini. Terima kasih. - Hafrul 09:41, 2 Disember 2007 (UTC) Malaysia terdiri dari berbagai ras dan agama, dengan ras melayu menjadi ras terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah warganegara. Dalam konstitusi Malaysia, orang Melayu ialah warganegara Malaysia yang mempraktikkan adat berbahasa dan beragama islam. Kira-kira 25% penduduk Malaysia adalah Cina, dan 7% lagi terdiri atas india.
Saya pun heran kenapa mesti kena bergaduh sebab ini. Saya ingat sudah habis. Rupa-rupanya belum lagilah ye. Setahu saya, pada zaman dahulu/sebelum merdeka Malaysia dan Indonesia tiada sempadan. Tak perlukan pasport dan belum lagi wujud pusat imegresen. Jadi, rakyat kedua-dua negara itu ketika itu bebas keluar masuklah. Mungkin, pendatang/saudagar Indonesia yang datang ke Malaya dulu tinggal di Malaya (Malaysia) buat masa yang lama dan mungkin berkahwin dengan orang tempatan, jadi dia pun mengajar tarian kebudayaan tanah airnya kepada anak cucu/rakyat sekelilingnya kot. Sementara pendatang/saudara Malaya pula membawa dan mengajar tarian tanah airnya ke Indonesia pula. Mengapa harus saling mendengki antara satu sama lain. Tak bolehkah kita saling berkongsi, kalau tak boleh kena marah dekat nenek moyang kita dululah kot sebab buat macam itu. Apapun, mungkin tarian itu sudah sebati dengan penduduk sekeliling. Sekejap, tarian itu bukan milik mana-mana negara, tetapi adalah milik bersama. Pertanyaan, adakah pihak yang dengki itu tahu menari. Jika tak, tak perlulah nak dengki-dengki. Takut-takut termalu sendiri. Hahhahha — Didie 01:48, 5 Disember 2007 (UTC) Maaf, jika ada pihak yang tersinggung/marah dengan pernyataan saya yang memang benar pun. Sebab, jika kita tidak bangkit dan meluahkan penjelasan mungkin ada pihak yang masih tertanya-tanya ataupun tak tahu langsung kot. Maaflah. — Didie 01:48, 5 Disember 2007 (UTC)
Hairan, Kerajaan Malaysia menjaga pendatang dari Indonesia(bukan PATI) dengan layanan yang baik. Tetapi, adakah balasan sebegini diberikan, adakah mereka sudah lupa diri ataupun memang tak sedar diri. Mungkin...(Jangan marah! Tapi, ada kebenarannya) Sebenarnya, mengapa wiki Melayu harus diserang, bukankah wiki ini untuk semua penutur bahasa Melayu di seluruh dunia, tetapi bukannya untuk Malaysia saja. Pelik. Adakah para penyelia wiki Melayu harus mengambil tindakan tegas ke atas penyumbang vandal sedemikian? Sebabnya, wiki ini bukan untuk meluahkan isu-isu perkauman atau apa-apa yang menjurus ke arah negatif. Tetapi wiki ini adalah untuk sumbangan-sumbangan yang berensiklopedia. Fikirkan yang positif. Sekian...— Didie 04:07, 6 Disember 2007 (UTC)
Jangan Rempit Tak Pakai Helmet. Dah tau Parameswara datang dari Srivijaya(Indonesia) mesti lah di bawa sekali dengan kebudayaan ,masakan dan macam2 lagi. Tambah2 lak dia datang tu masih kuat lag pengaruh Hindu-Buddha. Saya macam nak cakap kat Presiden diorang tu supaya tekankan subjek Sejarah. Kalau korang semua gi Indonesia jangan haraplah nak bershopping, diorang tengok cara pakaian ngan percakapan terus diorang tak layan kita.Diorang kata mentang2 negara kaya, ingat boleh beli rakyat Indonesia dan saya macam nak balas memang kami kaya dan korang arr yang lumba2 nak jadi hamba kami. Sanggup berenang laut. Dah tak suka balik je lar, susah aper ڤوترا لقمان تونكو اندريKomen 11:45, 7 Disember 2007 (UTC)
"Malingsia"Isu ini hangat di sini ketika masa dahulu, dan saya perhatikan ada sesetengah pihak mahu mengungkitnya kembali (sekarang dengan cara yang halus), maka saya luahkan sahaja di sini. Akhir-akhir ini terdapat banyak suntingan pada rencana-rencana yang boleh dijadikan bahan propaganda puak mereka, umpamanya Malingsia sendiri, batik, Reog, tarian Barongan, Rasa Sayang dsb. (sila tambah kalau saya tertinggal, kita boleh buat senarai). Antara usaha propaganda yang dilakukan ialah menyebarkan ideologi "Malingsia" (sebagaimana sudah maklum di sini), dan menyatakan bahawa Malaysia menciplak budaya dari Indonesia. Lihat juga Perbincangan:Malingsia, saya sudah mengirim komen saya di sana. Kalau diikutkan rasa hati, saya mahu sahaja menghapuskan rencana tersebut dan menguncinya daripada suntingan. "Malingsia" tidak layak mendapat rencananya sendiri. Isu ini adalah kecil sahaja dan tidak perlu dibesar-besarkan oleh mana-mana pihak. The bottom line is: budaya adalah milik bangsa, bukan mana-mana kerajaan, negara, atau lokasi geografi. Oleh itu, pernyataan bahawa Malaysia mencuri budaya daripada Indonesia adalah tidak betul. Tegasnya, pendirian masyarakat Malaysia ialah bahawa Malaysia merupakan negara berbilang bangsa, dan budaya-budaya yang terdapat di Malaysia adalah milik bangsa masing-masing. Malaysia langsung tidak menuntuk hak terhadap budaya-budaya ini. Orang Melayu di Malaysia dan Indonesia adalah serumpun, oleh itu mereka berhak berkongsi budaya yang diwarisi. Pernyataan bahawa Malaysia mencuri daripada Indonesia adalah tidak berasas sama sekali. Ini tegas. WikipediaId telah mengambil langkah membanteras usaha perang saraf ini dan nampaknya puak penyebar propaganda lari ke sini pula. Oleh itu, saya mahu mengusulkan cadangan supaya dibuat satu dasar yang menghalang mana-mana usaha propaganda ini di sini. Mana-mana suntingan yang mengandungi perkataan "maling" atau "Malingsia" akan dihapuskan secara mandatori. Juga, mana-mana suntingan yang mengandungi ayat "Malaysia menciplak sekian sekian daripada Indonesia..." atau "budaya sekian sekian sebenarnya berasal dari Indonesia, tetapi diciplak oleh Malaysia..." dan seumpamanya juga akan dihapuskan serta-merta. Dan, untuk menegaskan bahawa WikipediaMs tidak mahu "pelarian-pelarian" daripada WikipediaId, saya ingin mengusulkan supaya dibuat dasar yang menghalang mana-mana suntingan yang mengandungi bahasa Indonesia dan didapati jelas menyalin daripada WikipediaId. Perlu dimaklum bahawa bahasa Melayu dan Indonesia tidak sama, dan mana-mana pengguna yang gagal bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik haruslah diberi amaran. Kepada para pentadbir, sila bangkit dan nyatakan cadangan anda di sini.—Aviator, 05:21, 9 Disember 2007 (UTC) Betul kata anda, Aviator. Sememangnya tindakan tegas harus segera diambil sebelum perkara ini berleluasa atau tidak dapat dibendung. Mungkin sekatan harus diberi kepada pengguna-pengguna yang cuba menyampaikan isu-isu propaganda di ms.wiki juga memadam/melindungi rencana-rencana yang berkaitan dengan "Malingsia" ataupun yang berkaitan dengannya. Jelasnya, kita perlu lebih berhati-hati/berwaspada dengan kegiatan pengguna-pengguna baru ketika ini. — Didie 11:52, 9 Disember 2007 (UTC) Kitab Tajul Mulukboleh terangkan apa itu Kitab Tajul Muluk, siapa penulisnya dan mengapa ia lenyap pada generasi ini?60.49.212.45 04:48, 4 Disember 2007 (UTC)mas
KategoriKita ada Kategori:Budaya dan Kategori:Kebudayaan. Nak pakai yg mana satu? ...Aurora... 14:44, 4 Disember 2007 (UTC)
Wikipedia bahasa Inggeris mempunyai dua kategori, iaitu culture (kebudayaan) dan cultures (budaya), maka saya mencontohinya selepas saya meneliti perbezaan antara kedua-dua ini. Kebudayaan merujuk kepada kandungan budaya, dan boleh diterangkan dengan menggunakan contoh manusia dan kemanusiaan (sebagaimana yang memang jelas, bukan semua manusia mempunyai sifat kemanusiaan). — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:19, 8 Disember 2007 (UTC) Kotak PenggunaIni mungkin kurang penting, tetapi saya dapati aplikasi 'Kotak pengguna' bagi laman profil pengguna kurang digiatkan. Saya tak tahu cara untuk kembangkan kategori-kategori lain, contohnya sains - Ada sesiapa yang boleh tolong saya? p/s: Saya pengguna baru! Alicia Izharuddin 13:54, 6 Disember 2007 (UTC)
Mencecah 25,000 rencanaAdakah laman web/logo Wikipedia Bahasa Melayu akan dihiasi untuk menyambut pencecahan bilangan 25,000 rencana tidak lama lagi? — 218.111.48.145 15:50, 6 Disember 2007 (UTC)
boleh tahu macam mane nk cari maklumat tentang seseorang yang kite hanye tahu name nyer saje.... WikiProjek Filemjemputlah utk menyertai WikiProjek Filem... →Izzudin 21:31, 15 Disember 2007 (UTC) Boleh terangkan lebih lanjut untuk apa penubuhan WikiProjek Filem ini dibuat??? Saya yang mahu tahu: aamuizz 09:11, 23 Disember 2007 (UTC) Senang saja. Sesebuah WikiProjek bertujuan untuk mengumpulkan beberapa orang sama-sama bagi sesuatu usaha yg tertentu. WikiProjek Filem tentulah untuk mengumpulkan orang utk mengusahakan rencana-rencana tentang filem. --King Edmund of The Woods 10:34, 23 Disember 2007 (UTC)
Permohonan pembukaan bahasa baruPermohonan pembukaan bahasa baru bagi projek Wikiquote dan Wikisource telah diluluskan (conditionally approved) pada hari ini.—Aviator, 14:26, 19 Disember 2007 (UTC)
Sila gunakan akaun biasa kalau anda mahu menulis secara manual. Anda boleh log masuk dari atur cara bot yang anda gunakan menggunakan akaun bot. Tapi, kalau dari pelayar web, sila gunakan akaun biasa. —Aviator, 15:03, 23 Disember 2007 (UTC) Tapi kalau dia rasa lebih selesa guna robot, biarkan sajalah! --King Edmund of The Woods 15:50, 23 Disember 2007 (UTC)
Dan Polar, kalau anda cakap begitu, anda cepat pergi menulis sesuatu! Kan anda sokong... --King Edmund of The Woods 15:51, 23 Disember 2007 (UTC) Tulis? Saya dah menyunting beberapa laman yang ada di incubator, membetulkan bahasa di sana. Polar 20:52, 23 Disember 2007 (UTC) Vandalisme di rencana Pilihanraya Umum Thailand 2007Salam, Siapa yang mampu terjemah ini: After some former TRT members joined the People's Power Party (PPP), the junta the issued a classified order to to suppress the activities of the Party. The order was leaked to the public, leading to a complaint to the Election Commission from the PPP. However, the Commission dismissed the complaint on the grounds that the CNS had granted itself immunity in the 2007 Constitution of Thailand. Saya tak mampu mentejermah. Saya anggap ini vandalisme kerana percampuran bahasa di dalam satu rencana. Ikhlas dari aamuizz 04:25, 25 Disember 2007 (UTC)
Sekadar bertanya?Hmmm...., Salam. Saya ingin bertanya sesuatu? Bagaimana cara untuk menghiasi tandatangan pengguna. Setelah saya lakukan percubaan berulang-kali pada 'preferences'. Ia serba tak jadi. Boleh beri tips tak untuk melakukannya. Sekadar bertanya? — Didie 14:21, 25 Disember 2007 (UTC) Saya juga rasa, semua pengguna dan penyelia wiki melayu harus kreatif dengan tandatangan pengguna masing-masing. Baru nampak meriah. hehehe... — Didie 14:21, 25 Disember 2007 (UTC)
Oh begitu. Terima kasih. — Didie 04:27, 26 Disember 2007 (UTC) Selayang pandang...Sedar tak sedar, kita sudah sampai di penghujung tahun. Tahun 2007 mula melambai di gerbang 2008. Apakah azam anda untuk tahun baru yang mendatang? Berikut ialah beberapa perkara yang boleh diwatch out:
Sekian. Selamat bercuti, selamat berwiki, dan selamat memperjuangkan kandungan bebas.—Aviator, 21:59, 25 Disember 2007 (UTC)
02:43, 26 Disember 2007 (UTC)
|