|
AlatanBahasa lain
|
Yayasan Wikimedia
Wikimedia Foundation Inc. (Yayasan Wikimedia) ialah pertubuhan induk untuk Wikipedia, Wiktionary, Wikiquote, Wikibooks (termasuknya Wikijunior dan Wikiversity), Wikisource, In Memoriam 9/11, Wikimedia Commons, Wikispecies, dan Wikinews. Ia merupakan perbadanan bukan untung yang diasaskan di St. Petersburg, Florida, Amerika Syarikat, dan ditubuhkan di bawah undang-undang Florida. Kewujudannya diumumkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Wikia dan pengasas Wikipedia, Jimmy Wales, pada 20 Jun 2003. Kelulusannya sebagai yayasan pendidikan di bawah kategori "Dewasa, Pendidikan Lanjutan" oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat melalui surat April 2005 bermakna kesemua sumbangan kewangan kepada Wikimedia Foundation boleh dipotong daripada cukai pendapatan persekutuan Amerika Syarikat.
[sunting] Matlamat YayasanMatlamat Wikimedia Foundation adalah untuk memperkembangkan dan memeliharakan projek-projek kandungan terbuka yang berdasarkan wiki, serta untuk memberikan kandungan projek-projeknya yang lengkap kepada orang ramai secara percuma. Selain daripada Wikipedia yang merupakan ensiklopedia am berbilang bahasa, Yayasan ini juga menguruskan:
Wikijunior merupakan subprojek Wikibooks untuk kanak-kanak. Yayasan ini juga menguruskan sebuah koleksi rencana-rencana mengenai serangan September 11. Pertumbuhan yang berterusan untuk setiap projek Wikimedia amat bergantung kepada derma penubuhan tabung tetapi Wikimedia Foundation cuba menaikkan hasilnya melalui cara pembiayaan seperti bantuan persekutuan dan tajaan. [sunting] Sejarah dan pertumbuhan Yayasan
Nama "Wikimedia" dicipta oleh Sheldon Rampton di dalam sebuah pos ke senarai mel Wikipedia bahasa Inggeris pada Mac 2003 [1]. Ia kekadang dianggap sebagai pilihan penamaan yang buruk kerana persamaannya dengan nama Wikipedia dan perisiannya, MediaWiki; ini telah menyebabkan kekeliruan di kalangan orang-orang yang baru kepada projek ini. Dengan pengumuman Yayasan, Wales juga menyerahkan hak milik untuk nama domain Wikipedia, Wiktionary dan Nupedia kepada Wikimedia, bersama-sama dengan hak cipta untuk kesemua bahan-bahan yang berkaitan dengan projek-projek ini yang dicipta oleh kakitangan Bomis ataupun Wales sendiri. Kelengkapan komputer yang digunakan untuk projek-projek Wikimedia juga diderma oleh Wales kepada Yayasan. Nama-nama domain wikimedia.org dan wikimediafoundation.org diperoleh oleh penyumbang Wikipedia, Daniel Mayer, untuk Yayasan ini. Jalur lebar dan bil elektrik Wikimedia dibiayai oleh derma-derma daripada pelbagai syarikat dan individu. Pada Januari 2004, Jimmy Wales melantik rakan-rakan kongsi perniagaannya, Tim Shell dan Michael Davis, sebagai Ahli Lembaga Wikimedia Foundation. Pada Jun 2004, suatu pemilihan diadakan untuk memilih dua orang wakil pengguna menjadi ahli Lembaga. Selepas berkempen selama satu bulan dan dua minggu mengundi dalam talian, Angela Beesley dan Florence Nibart-Devouard telah dipilih untuk menyertai lembaga; mereka dipilih semula pada Julai 2005. Wales dan Beesley kemudian melancarkan sebuah syarikat baru, Wikia, yang tidak mempunyai kaitan dengan Wikimedia ataupun Bomis, walaupun ia mendermakan kepada Wikimedia. Kemudiannya, jawatan-jawatan rasmi yang lain dicipta: Tim Starling dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Pembangun Perisian untuk membantu memperbaik pembangunan perisian MediaWiki. Daniel Mayer dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk membantu menyediakan belanjawan serta menyeleraskan kempen-kempen untuk memperoleh derma penubuhan tabung. Erik Möller merupakan Ketua Pegawai Penyelidikan, tetapi beliau meletak jawatan pada Ogos 2005 disebabkan perbezaan pendapat dengan Lembaga.[2] James Forrester kemudian dilantik untuk jawatan itu. [sunting] Sejarah projek terkini
[sunting] Pautan luarWikinews mempunyai berita berkaitan dengan:
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai:
Lembaga Yayasan Wikimedia di Perjumpaan Wikipedia di St. Petersburg pada 17 Januari 2006: Tim Shell, Michael Davis, Jimmy Wales dan Angela Beesley (Florence Nibart-Devouard tiada dalam gambar).
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||