|
|
|
Wikipedia:Jangan menciplak rencana Wikipedia Bahasa IndonesiaMenciplak bermaksud menyalin sesuatu karya ataupun karangan secara bulat-bulat. Pada lazimnya, perbuatan ini lebih dikenali sebagai copy and paste. Daripada amalan ciplak ini, dua karya yang 100% sama akan muncul dalam dua tempat yang berbeza. Amalan memasukan rencana ciplak dari Wikipedia Bahasa Indonesia (WBI) ke dalam wikipedia bahasa Melayu merupakan satu perbuatan yang merosakan kerana ia akan menyebabkan Wikipedia bahasa Melayu menjadi klon kepada wikipedia indonesia, sekiranya ia dijalankan secara berpanjangan. Kewujudan dua ensiklopedia yang homogen di internet tidak akan memberi apa-apa manfaat tambahan kepada pembaca. Ia merupakan satu pembaziran ruang internet. Sebaliknya, kewujudan dua ensiklopedia yang membawa isi yang berbeza sudah tentu akan memberi lebih manfaat kepada pembaca, khususnya apabila kita sedang menghadapi kekurangan bahan rujukan dalam bahasa Nusantara di internet. [sunting] Tanda kemaskini bahasaJika anda menemui bahasa Indonesia dalam mana-mana rencana, anda boleh bertindak meletakkan tanda kemaskini dalam bahasa Melayu sebagaimana dibawah untuk pengkemaskinian oleh mana-mana penutur Melayu yang fasih berbahsa Melayu. Untuk meletakkan teg, taip {{BM}} [sunting] NotaGaris panduan ini berkuatkuasa keatas semua rencana yang diciplak atau ditulis dalam bahasa Indonesia sahaja dan tidak boleh digunakan untuk penguatkuasaan keatas rencana bahasa asing lain. |