Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
United Malay National Organisation
UMNO
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو
Logo UMNO.
Pengerusi Tetap Tan Sri Dato’ Seri Haji Onn Ismail
Presiden Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Presiden Dato' Seri Najib Tun Razak
Ketua Pemuda Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein
Ketua Wanita Dato' Seri Paduka Rafidah Aziz
Ketua Puteri Dato' Noraini Ahmad
Diasaskan 11 Mei 1946
Ibu pejabat Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
Ideologi Politik demokrasi1,
Affiliasi antarabangsa tiada2
Warna Merah, putih3
Laman web http://www.umno-online.com/
1Demokrasi berparlimen
2(proses penyuntingan).
3Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan lagi.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO) adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa terganggu sejak merdeka lagi. Ia dikenali sebagai penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu dan ideologi Islam tulen, yang memperjuangkan bahawa orang Melayu dan orang-orang Muslim lain merupakan orang peribumi di Malaysia, oleh itu berhak menerima keistimewaan sebagai hak semenjak lahir.

Senarai kandungan

Sejarah UMNO

Zaman Dato Onn

Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

  • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
  • Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
  • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

Zaman Tunku Abdul Rahman

Pada 1951, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.

Zaman Tun Abdul Razak

Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun gagal.

Zaman Tun Hussein Onn

Pada Januari 1976, Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

Zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad

UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Kemudiannya, Tengku Razaleigh telah menubuhkan parti serpihan UMNO, Semangat 46 selain berlakunya Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.

Pada 1999, Dr Mahathir Mohamad menyingkir Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Parti Keadilan Nasional, kini Parti Keadilan Rakyat ditubuhkan selepas gelombang Reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seterusnya menjadi pesaing sengit UMNO, dalam Pilihanraya Umum 2008 yang lepas.

Zaman Abdullah Ahmad Badawi

Pada tahun 2003, Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan.

Lagu UMNO

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Presiden UMNO

Presiden UMNO sekarang, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Presiden UMNO sekarang, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi
Nama Tempoh perkhidmatan
Dato’ Onn bin Jaafar 11 Mei 1946 - 26 Ogos 1951
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 26 Ogos 1951 - 24 Januari 1971
Tun Abdul Razak Dato' Hussein 24 Januari 1971 - 14 Januari 1976
Tun Hussein Onn 14 Januari 1976 - 28 Jun 1981
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 28 Jun 1981 - 30 Oktober 2003
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 30 Oktober 2003 - kini

Lihat juga

Pautan luar


Pensjonaty Zakopane Imprezy klubowe Trance Katalogi w Polsce Ogrzewanie elektryczne Opisy na Gadu Gadu Blog informacyjny Filmy Pozycjonowanie Kraków smycze Unibet catering wakacje nad morzem Złomowanie Odzież używana kick koparki Bułgaria wczasy Karaoke tani kredyt hipoteczny COOLsurf