|
AlatanBahasa lain
|
Robert Mugabe
Robert Gabriel Mugabe KCB (lahir 21 Februari 1924) ialah Presiden Zimbabwe. Beliau telah berkhidmat sebagai ketua kerajaan Zimbabwe sejak tahun 1980, selaku Prime Minister dari tahun 1980 hingga 1987 dan selaku Presiden eksekutif pertama sejak tahun 1987.[1] Nama beliau bangkit pada 1960-an sebagai pemimpun Zimbabwe African National Union (ZANU) dalam pertempuran gerila menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Rhodesia dalam Perang Pedalaman Rhodesia (1964–1979). Mugabe merupakan seorang tokoh yang penuh kontroversi. Selepas perang, beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan [2][3] Setelah campur tangan dalam Perang Congo Kedua yang menelan banyak wang dan ekspropriasi tanah ladang milikan kulit putih secara besar-besaran, dunia Barat memandang rendah Mugabe, sementara ekonomi Zimbabwe teruk meleset. Baru-baru ini dasar-dasar beliau dikutuk d dunia Barat dan di negara sendiri.[4][5][6] Mugabe menyifatkan pihak-pihak yang mengutuk beliau sebagai "penjajah yang lahir semula,"[7][8] dan beliau bersama penyokong-penyokong beliau mendakwa bahawa kemelut Zimbabwe adalah tinggalan imperialisme,[9] yang diburukkan lagi oleh campur tangan ekonomi oleh kuasa Barat. Pada 3 April 2008, akhbar UK mengumumkan bahawa parti pembangkang utama, Pergerakan Perubahan Demokratik menguasai parlimen.[10] Mugabe sedang bertanding dengan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai untuk jawatan presiden. [sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luarWikimedia Commons mempunyai media berkenaan:
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||