Pengguna:Cheguman

Senarai kandungan

[sunting] Siapa beliau?

Catatan maklumat peribadi beliau di sini adalah:

  • agar beliau lebih bertanggung jawab ketika menulis
  • agar beliau lebih berhati-hati
  • agar anda lebih mempercayai beliau
  • agar sekiranya ada rakan-rakan yang pernah mengenali beliau tetapi telah terputus hubungan dapat menghubungi beliau semula. Maklumlah, beliau kerap berpindah-randah.

[sunting] Pendidikan

Noor Azman bin Aminudin adalah anak Peneroka felda. Dilahirkan di Kedah tetapi dibesarkan di Felda Jengka 8, Bandar Jengka Pahang. Mendapat pendidikan rendah di beberapa buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajudin dan Sekolah Kebangsaan Gelong (kedua-duanya dalam daerah Jitra Kedah), Sekolah Kebangsaan Jengka 8 Pahang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar Sabak Bernam Selangor. Pada peringkat sekolah menengah pula memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh Pahang (1980-1983), Sekolah Menengah Bandar Jengka Pahang (1984-1985) dan Sekolah Menengah Alor Akar Kuantan Pahang (1986-1987). Seterusnya memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur (1988-1990) sebagai guru pelatih dalam bidang Muzik. Penempatan pertama sebagai guru ialah di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 24 Jerantut Pahang (1990-1996). Pernah berkhidmat sekejap di Sekolah Kebangsaan Teh Jerantut Pahang sebelum memohon bertukar ke Melaka dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Merlimau (1996/sekejap), Sekolah Kebangsaan Batu Gajah Merlimau (1996-2001) dan Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai Merlimau (2002-2003). Seterusnya melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana Muda (Kepujian) di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bersama isteri selama empat tahun dalam bidang Prasekolah secara sepenuh masa. Mulai tahun 2007 ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong yang terletak berhampiran Kampung Duyong, Melaka. Kini bertugas sebagai guru/pengurus Prasekolah Seri Duyong.

[sunting] Keluarga

Merupakan anak sulung dalam keluarga yang agak besar. Mengahwini gadis kelahiran negeri Melaka iaitu Marhani Mohamad pada 1996 dan dikurnia dua orang cahayamata lelaki iaitu Muhammad Harith (1999) dan Muhammad Haziq (2002).

[sunting] Kegemaran & Sumbangan

Kegemaran utama ialah membaca, bermain gitar dan menggunakan komputer.

Mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan di internet pada tahun 1999 melalui laman web http://www.geocities.com/panduannet yang mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi subjek Sains & Matematik dan juga pembelajaran Bestari. Kemudian membantu http://www.niagaku.net dan kini menguruskan laman http://www.morhabshi.com yang mengandungi dua bahagian iaitu laman pendidikan prasekolah dan laman perubatan herba tradisional.

Cheguman juga menjadi blogger untuk http://www.binanegara.blogspot.com yang kemudiannya dipindah ke http://www.waadat.blogspot.com . Cheguman juga menguruskan sebuah lagi weblog iaitu http://www.responsikit.blogspot.com yang mengupas beberapa isu politik yang ditimbulkan oleh akhbar dalam talian atau blogger lain. Dalam masa yang sama Cheguman menjadi moderator kepada beberapa grup perbincangan yang melibatkan rakan-rakan sekampung, rakan-rakan sepersekolahan dahulu dan alumni MPIK.

[sunting] Salasilah Keturunan

Sebelah bapa: Noor Azman bin Aminudin bin Hj Abdul Hamid bin Hj Ja'far (Mandailing) marga Dulay. Ibu kepada Aminudin bernama Saodah juga berketurunan Mandailing marga Harahap. Sebelah ibu: Noor Azman bin Normar binti Hj Saat bin Hj Abu (Bugis) Ibu kepada Normar bernama Hjh Jiah binti Hj Ja'far adalah adik kandung Hj Abdul Hamid bin Hj Ja'far itu tadi. Hal ini bermakna ibu dan bapa beliau adalah bersepupu.

[sunting] Taraf Penduduk

Penduduk Malaysia terdiri daripada imigran tempatan dan imigran antarabangsa. Imigran tempatan merujuk pada aktiviti manusia yang berpindah-randah dalam lingkungan nusantara (Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu). Manakala imigran antarabangsa pula ialah perpindahan dari alam bukan Melayu ke kepulauan Melayu dan Tanah Melayu.

Cheguman termasuk dalam kelompok imigran tempatan yakni nenek moyang beliau berpindah-randah dari kawasan lain dalam Kepulauan Melayu ke Tanah Melayu yang juga berada dalam kepulauan Melayu. Semua penduduk Malaysia yang berada dalam kelompok ini disebut orang Melayu atau Bumiputera.

ms Bahasa ibunda pengguna ini adalah Bahasa Melayu.
Pengguna ini beragama Islam.
Pengguna ini berasal dari Malaysia.
Pengguna ini berasal dari negeri Kedah.
frames
Pengguna ini berbangsa Melayu.
Pengguna ini mengagumi Dr. Mahathir kerana sifat kepimpinan beliau yang amat tinggi di Malaysia.
Jawi
ïº
ڤڠڬونا اين مڠڬوناكن توليسن جاوي دڠن لازيم تنڤا مسئله

[sunting] Tajuk yang dimulakan, antaranya:

Maklumat terperinci sila lihat: Khas:Sumbangan/Cheguman


nocleg wrocław długopisy tanie przeprowadzki w wawie pompa ciepla Ustrzyki Dolne karty kredytowe pozycjonowanie stron www Bogaty student ciekawe programy Klub audi opisy gg Nieruchomości Wrocław Płyty meblowe ekologiczne produkty bank kredyty mieszkaniowe kick koparki Bułgaria wczasy Karaoke tani kredyt hipoteczny COOLsurf