|
AlatanBahasa lain
|
Kilometer
Kilometer (simbol: km) yang merupakan sebahagian sistem metrik ialah unit untuk jarak yang sama dengan 1,000 meter. Meter ialah unit asas untuk jarak dalam Unit Sistem Antarabangsa (SI). Padanan untuk unit keluasan ialah kilometer persegi, manakala padanan untuk isi padu ialah kilometer padu. hektometer << kilometer << megameter
[sunting] Padanan dengan unit jarak yang lain1 kilometer adalah sama dengan:
[sunting] Penggunaan antarabangsaHampir semua negara di dunia mempergunakan kilometer sebagai ukuran jarak piawai, khususnya dalam papan tanda rangkaian jalan raya untuk menunjukkan jarak ke bandar raya, bandar, kampung, subbandar, dan sebagainya. Amerika Syarikat yang menggunakan Sistem di Raja British kini beransur-ansur menukarkan papan-papan tanda jalan raya di banyak negerinya kepada Unit Sistem Antarabangsa. Kekecualian utama ialah United Kingdom yang tidak bertujuan untuk berbuat demikian pada masa jangka pendek, satu keputusan yang berasaskan tradisi. Selain daripada United Kingdom, hanya Liberia dan Myanmar masih menggunakan batu. [sunting] Simbol UnikodUntuk memastikan keserasian dengan askara Cina, Jepun, dan Korea (CJK), Unikod mempunyai simbol yang berikut:
Bagaimanapun, kod ini hanya berguna untuk fon-fon lebar tetap Asia Timur CJK disebabkan saiznya adalah sama dengan satu askara Cina. [sunting] Lihat juga
|
|||||||||||||||||