Kebebasan media di Malaysia

Kebebasan media di Malaysia tidaklah sebebas negara Barat yang lain. Tetapi lebih baik berbanding dengan negara China, Timur Tengah, negara komunis dan negara bekas komunis. Kebebasan media massa di Malaysia dikawal oleh Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984.

Senarai kandungan

[sunting] Sejarah

Sekatan terhadap media di Malaysia telah dilaksanakan oleh penjajah British di Malaysia lagi. Banyak surat khabar yang diterbitkan di Malaysia dan Singapura telah diharamkan penerbitannya. Rencan-rencana yang ditulis oleh Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Abdul Rahim Kajai dan lain-lain yang dianggap anti penjajah telah diambil tindakan sehingga ada akhbar yang diharamkan. Pemimpin ini dicop sebagai pemimpin kiri atau pro sosialis.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah digunakan oleh British sebelum Perang Dunia II lagi. Demonstrasi telah meletus sehingga mencetuskan rusuhan kaum di beberapa tempat. Perasaan marah dibangkitkan oleh media massa seperti ketidakpuastian masyarakat Melayu terhadap isu Natrah di Singapura tahun 1950.

[sunting] Selepas merdeka

Malaysia yang merdeka pada tahun 1957 telah meneruskan semua akta yang dibentuk semasa era penjajahan British dahulu. Malahan lebih banyak sekatan diperkenalkan melalui Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Lord Reid.

Buku The Malay Dilemma yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 1969 telah diharamkan sehingga tahun 1981.

Surat khabar mingguan Watan pula telah diharamkan pada 1987 selepas Operasi Lalang. Begitu juga dengan nasib Mingguan Bumi. Akhbar Harakah pula dihadkan kekerapannya daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan pada Mac 2000 dan tidak boleh dijual secara terbuka.[1] Permit akhbar juga boleh ditarik dengan mudah kerana ia perlu diperbaharui setiap tahun.[2]

[sunting] Sistem langit terbuka

Siaran radio dan televisyen tempatan Malaysia dikawal oleh Kementerian Penerangan Malaysia. Bagaimanapun, siaran radio dan televisyen dari Singapura, Indonesia dan Thailand boleh dinikmati oleh penduduk di Johor dan utara Semenanjung Malaysia sejak tahun 1980-an. Penduduk negeri Sabah dan Sarawak yang memiliki satelit parabola bersaiz kecil pula boleh mendapatkan siaran dari Indonesia dan Filipina. Harga parabola yang semakin murah dan mudah didapati menjadi satu ancaman kepada kawalan media di Malaysia. Sistem langit terbuka ini mengejutkan ramai pihak kerana ada pro dan kontra.

Era Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyaksikan syarikat Binariang yang dipengerusikan oleh Tun Mohammed Hanif Omar telah melancarkan satelit ke angkasa lepas bagi melancarkan siaran Astro. Dengan ini sistem langit terbuka yang diwarwarkan tidak sepenuhnya terbuka, tetapi dikawal melalui siaran satelit Astro. Semua negara di dunia juga setuju sistem langit terbuka perlu dikawal dan dipantau.

[sunting] Dunia tanpa sempadan

Era 1990-an menyaksikan Malaysia berhadapan dengan isu globalisasi atau dunia tanpa sempadan apabila munculnya internet dengan kemudahan laman web, e-mel, telefon internet, chit chat dan sekarang blog. Pada peringkat awal kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat menggunakan internet dan membekalkan komputer di sekolah-sekolah. Guru-guru Sains dan Matematik dilengkapkan dengan sebuah komputer agar mereka mudah mencapai internet dan melaksanakan P&P menggunakan komputer.

Kafe siber tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan dan tahap kelajuan internet semakin baik melalui Streamyx dan lain-lain. Para pelajar sekolah dan mahasiswa universiti menghabiskan banyak masa di kafe siber sehingga membimbangkan ibu bapa. Selain bermain permainan, mereka juga melayari laman web lucah dan ganas. Mahasiswa yang tersekat oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) telah menggunakan blog bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

[sunting] Gelombang politik 2008

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mendapat lampu hijau untuk memugar dasar-dasar lapuk Kementerian Penerangan dan dasar-dasar yang menyekat kebebasan media di Malaysia. Arah pemberitaan perlu berubah berorientasikan rakyat. Jika kerajaan tidak mendengar kritikan mahasiswa dan penulis blog, akhirnya kerajaan akan dijatuhkan seperti mana 8 Mac 2008.[3]

[sunting] Rujukan

  1. ↑ Ahmad Lutfi Othman (6 Jun 2007). Bersama Harakah hadapi pilihan raya ke-12. HarakahDaily. Dicapai pada 2 April  2008.
  2. ↑ Kenyataan umum mengenai kekebasan akhbar di Malaysia, Badan Peguam Malaysia (10 Mei 2000). Dicapai 2 April 2008.
  3. ↑ Kementerian Penerangan Perlu Direkayasa, Kata Shabery, Bernama (29 Mac 2008). Dicapai 20 Mac 2008.

darmowe zakładanie stron Praca w Walii Śmieszne filmy deweloperzy Meble wypoczynkowe Mieszkania Wrocław Zdjęcia ślubne Notebooki mazury imprezy integracyjne Opisy GG ac zymes MłodaRP.net karty kredytowe noni Canon 40D kick koparki Bułgaria wczasy Karaoke tani kredyt hipoteczny COOLsurf