|
Alatan |
Formula Satu musim 2008
Formula Satu musim 2008 merupakan Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu musim ke-59. Ia telah bermula pada 16 Mac dan akan berakhir pada 2 November selepas lapan belas Grand Prix.
[sunting] Pra musimSesi ujian pasukan yang pertama bermula di Jerez pada 14 Januari 2008. Ferrari, McLaren dan Toyota semua mencuba kereta 2008 mereka. Williams mencuba versi ubahsuai FW29 manakala Renault dan Red Bull mencuba entri 2007. Honda, Toro Rosso, Super Aguri dan Force India juga hadir. BMW tidak hadir kerana pelancaran F1.08.[1] Sesi ujian beralih ke Valencia pada 22 Januari. Cuma Renault dan Williams yang berada di litar pada hari pertama. Mereka mencuba kereta 2008 yang akan digunakan.[2] Mereka disertai oleh pasukan lain kecuali Super Aguri untuk tiga hari berikutnya. 1 Februari menyaksikan ujian berpindah ke Barcelona. Semua pasukan kecuali Super Aguri mengambil bahagian ujian masa. Hari pertama percubaan menyaksikan Kazuki Nakajima merempuh FW30.[3] Selain itu, isu perkauman juga melibatkan Lewis Hamilton. Williams menarik diri pada hari ketiga untuk cuba dan membaiki masalah yang mengakibatkan rempuhan Nakajima. Manakala pada 4 Februari, Ferrari dan Toyota beralih ke Bahrain untuk terus mencuba F2008 dan TF108.[4] Pada 12 Februari ujian masa kembali ke Jerez. Red Bull dan Williams adalah pasukan yang beraksi pada hari pertama.[5] Pada hari kedua ujian masa menyaksikan semua pasukan kecuali Ferrari dan Toyota. Setelah menangguhkan pelancaran SA08 dan membatalkan sesi ujian Valencia, Super Aguri tampil untuk mencuba kereta SA07B buat pertama kali.[6] Ujian masa beralih ke Barcelona pada 19 Februari. Hari pertama bermula dalam keadaan hujan dimana Williams, Red Bull, Renault dan Toyota hadir. Nico Rosberg mencatat masa terpantas untuk Williams. BMW Sauber melakukan ujian masa sendirinya di Jerez.[7] Super Aguri tidak tampil walaupun berjanji untuk mengadakan Q&A dengan pihak media. Mereka menyalahkan hal ini di luar kawalan mereka. Pada hari kedua Ferrari tampil dan topped the time sheets with Felipe Massa pada litar yang basah. McLaren menyertai pada hari terakhir dan Williams berada di kedudukan teratas dengan Nakajima. Sesi ujian semua pasukan bermula pada 25 Februari dengan semua pasukan tetapi Super Aguri hadir. Lewis Hamilton mencatat masa lebih pantas daripada Kimi Räikkönen dan Michael Schumacher. McLaren terus mengatasi Ferrari pada hari kedua dengan kedua-dua pemandunya di kedudukan teratas dan Toyota terpantas dengan Jarno Trulli pada hari terakhir. [sunting] PasukanPada 14 Februari 2006 Presiden FIA Max Mosley mengumumkan bahawa semua pasukan yang berminat menyertai dalam Kejuaraan Dunia 2008 diberi 7 hari untuk menghantar permohonan.[8] Semua pasukan semasa memohon termasuk pasukan baru. Pada 28 April 2006 FIA mengumumkan bahawa permohonan pasukan semasa diluluskan berserta pasukan baru, Prodrive F1.
[sunting] Pelancaran kereta baru
[sunting] Pasukan dan pemandu
[sunting] Jadual perlumbaan 2008FIA World Council meluluskan jadual 2008 pada 24 Oktober 2007.[57]
[sunting] Perubahan[sunting] Peraturan
[sunting] Pemandu[sunting] Keputusan[sunting] Grand Prix | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||