|
Alatan |
Chua Soi Lek
Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (Bahasa Cina Mudah: 蔡细历; lahir 2 Januari 1947) juga dikenali sebagai Chua Kin Seng, merupakan bekas ahli politik Malaysia dari negeri Johor. Beliau berkahwin dengan Datin Seri Wong Sek Hin. Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata. [1] Dr. Chua telah melepaskan semua jawatan politik beliau pada 1 Januai 2008.[2]
[sunting] Kehidupan awalBeliau dilahirkan di Batu Pahat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Lim Poon, kemudian Sekolah Menengah Tinggi Batu Pahat dan Sekolah Tinggi Muar. Beliau telah mendapat pendidikan dalam bidang perubatan (MSSB) di Universiti Malaya pada tahun 1968-1973. Beliau telah bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Batu Pahat mulai tahun 1974. Pada tahun 1977 beliau meninggalkan tugasnya di hospital tersebut dan berkhidmat sebagai doktor di sebuah klinik swasta. [sunting] PolitikBeliau memulakan kerjayanya sebagai wakil rakyat apabila memenangi kerusi DUN Penggaram pada Pilihan Raya Umum 1986. Beliau berjaya mengekalkan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sehingga tahun 2004. Sepanjang kariernya sebagai ADUN, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1995), Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Sains Teknologi Negeri Johor (1990-1999) dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Alam Sekitar Negeri Johor (1999-2004). Chua kemudiannya bertanding untuk pertama kali diperingkat Parlimen bagi kerusi Labis, yang dikosongkan oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik pada pilihan raya 2004. Beliau mengalahkan calon DAP, Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi. Chua Soi Lek memperoleh 16,469 undi manakala Tee mendapat 5,740 undi. Datuk Dr. Chua Soi Lek dilantik menjadi Menteri Kesihatan yang baru selepas kemenangannya di Parlimen Labis itu. Sebagai seorang wakil rakyat, beliau berazam untuk terus berkhidmat untuk kebajikan rakyat dan kemakmuran negara agar rakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni dan maju jaya. [petikan diperlukan] YB. Datuk juga pernah menjawat sebagai salah seorang Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Y.B. Datuk merupakan Komander St. John Ambulance Johor dan Timbalan Pengerusi Lembaga Taman Endau-Rompin. Beliau turut menjadi Presiden Johor State Japanese Encphelitis. Selepas skandal video lucah yang berlaku pada akhir Disember 2007, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA Kebangsaan, Pengerusi MCA Negeri Johor, dan juga Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat. Namun selepas itu beliau masih muncul pada media massa kerana meneruskan kegiatan politiknya. Presiden MCA, Ong Ka Ting, menggantikannya sebagai Menteri Kesihatan buat sementara. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, anak beliau, Chua Tee Yong, menggantikannnya untuk menandingi kawasan Parlimen Labis dan menang. Selepas MCA mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008, beliau merupakan salah seorang tokoh MCA yang mula menyeru agar Presiden MCA, Ong Ka Ting, supaya meletakkan jawatan sebagai tanggungjawab terhadap kekalahan ini. Terdapat khabar angin bahawa Chua Soi Lek ingin menandingi jawatan Presiden MCA Kebangsaan. Selain itu, apabila pilihan raya parti MCA akan dijalankan, MCA Bahagian Batu Pahat mencalonkan semula Chua Soi Lek untuk jawatan Pengerusi Bahagian Batu Pahat. Mereka menyeru agar beliau menerima penamaan mereka. [sunting] Aktiviti kemasyarakatanDalam sukan, beliau merupakan anggota Majlis Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) bagi tempoh 2000-2003 dan Presiden Persatuan Bola Tampar Johor. [sunting] KeluargaY.B. Datuk telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Wong Sek Hin sejak kira-kira 30 tahun lalu dan melahirkan tiga orang anak. [sunting] Anugerah
[sunting] Kontroversi Skandal SeksPada 1 Januari, 2008 di pejabat MCA Labis, Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau merupakan lelaki dalam DVD lucah yang diedarkan di Johor, Malaysia. Wanita berkenaan merupakan kawan peribadinya - penjual bunga. Beliau tidak merakam sendiri aksi tersebut tetapi pihak lain menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV).[5] Beliau telah memberi penjelasan kepada Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya pada 31 Disember 2007. Beliau turut menemui Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan Presiden MCA, Ong Ka Ting. Akibat kontroversi tersebut, Dr. Chua terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Ketua MCA Negeri Johor, Pengerusi MCA Bahagian Batu Pahat serta Ahli Parlimen bagi Labis. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris menggesa sesiapa yang memiliki DVD lucah tersebut menyerahkannya kepada pihak polis. Sesiapa yang memiliki DVD itu ataupun membuat salinan serta mengedarnya boleh didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan denda atau keduaduanya sekali. [sunting] Rujukan
[sunting] Nota
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||