Bahasa lain

Bumi

Bumi  Astronomical symbol of Earth
A color image of Earth as seen from Apollo 17.
Fotograf bumi "Blue Marble" yang terkenal, diambil dari Apollo 17.
Epoch J2000
Aphelion 152,097,701 km
(1.016 710 333 5 AU)
94,509,130 batu
Perihelion 147,098,074 km
(0.983 289 891 2 AU)
91,402,725 batu
Paksi semi-major 149,597,887.5 km
(1.000 000 112 4 AU)
92,956,041 batu
Esentrisiti 0.016 710 219
Purata kelajuan orbit 29.783 km/s
(107,218 km/j)
Kecondongan 0
(7.25° to Sun's equator)
Longitud nod menaik 348.739 36°
Argumen perihelion 114.207 83°
Satelit 1 ( bulan)
Ciri-ciri fizikal
Purata jejari 6,372.797 km
Jejari Khatulistiwa 6,378.137 km
Jejari kutub 6,356.752 km
Luas permukaan 510,065,600 km²
Isipadu 1.083 207 3×1012 km³
Jisim 5.9742×1024 kg
Purata ketumpatan 5,515.3 kg/m³
Graviti permukaan Khatulistiwa 9.780 1 m/s²
(0.997 32 g)
Halaju lepas 11.186 km/s (≅39,600 km/j)
Tempoh putaran
ikut bintang
0.997 258 d (23.934 j)
Halaju putaran khatulistiwa 465.11 m/s
Kesendengan paksi 23.439 281°
right ascension Kutub Utara undefined°
Keserongan Kutub Utara +90°
Albedo 0.367
Suhu permukaan
   Kelvin
   Celsius
min mean max
185 K 287 K 331 K
-88.3 °C 14 °C 57.7 °C
Adjektif Terrestrial, Terran, Telluric, Tellurian, Earthly
Atmosfera
Tekanan atmosfera 101.3 kPa (MSL)
Komposisi 78.08% N2
20.95% O2
0.93% Argon
0.038% Karbon dioksida
Kesan wap air (berubah-ubah dengan cuaca)

Bumi dikenali sebagai Earth dalam bahasa Inggeris. Planet ketiga daripada sembilan planet dalam Sistem suria, Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

Lapisan ozon, setinggi 50 kilometer, wujud di lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Perbezaan suhu permukaan Bumi adalah di antara -70°C sehingga 55°C bergantung kepada iklim tempatan. Sehari di Bumi bersamaan 24 jam dan setahun di bumi bersamaan 365.25 hari. Bumi mempunyai jisim seberat 59,760 juta juta tan, dengan luas permukaan 510 juta km persegi. Ketumpatan Bumi pada 5,500 kilogram setiap meter persegi digunakan sebagai unit perbandingan ketumpatan berbanding planet yang lain, dengan ketumpatan Bumi sebagai 1.

Bumi mempunyai garis pusat sepanjang 12,756 kilometer. Graviti Bumi diukur sebagai 10 N kg-1 dijadikan unit ukuran graviti planet lain, dengan graviti Bumi sebagai 1. Bumi mempunyai 1 satelit asli iaitu bulan. 70.8% permukaan bumi diseliputi air. Udara Bumi terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas lain. Bumi dianggarkan mempunyai teras dalam bumi yang terdiri daripada besi nikel beku setebal 1,370 kilometer dengan suhu mencecah 4,500°C, diselitupi pula oleh teras luar yang cair setebal 2,100 kilometer, diselitupi pula oleh mantle silika padu setebal 2,800 kilometer membentuk 83% isipadu bumi, dan akhir sekali diselitupi oleh kerak batu silika hampir 100 kilometer tebal.

Kerak bumi lebih nipis di dasar laut iaitu sekitar 5 kilometer. Kerak bumi terbahagi kepada beberapa bahagian dan bergerak melalui pergerakan plat tektonik (teori hanyutan benua) menghasilkan gempa bumi. Puncak tertinggi adalah gunung Everest setinggi 8,848 meter, dan lautan terdalam mencecah 10,924 m. Tasik tertinggi adalah tasik Titicaca, dan tasik terbesar adalah Laut Caspian. Lautan terbesar ialah Lautan Pasifik. Lebih 2/3 kawasan Bumi dilitupi oleh air dan 12% daripada kawasan Bumi merupakan padang pasir.

[sunting] Geografi

Pembahagian geografi: Benua

Keluasan:

  • Keseluruhan: 510.073 juta km2
  • Daratan: 148.94 juta km2 (29.2%)
  • Lautan: 361.132 juta km2 (70.8%)

Sempadan daratan: 251,480.24 km

Persisiran pantai: 356,000 km



Ustronie Morskie Adwokat kosmetyki centralwings airline Irlandia Dublin Pożyczki Wina włoskie Katalog SEO Web directory kabarety Lokówki, prostownice drzwi zewnętrzne warszawa Opisy na Gadu Gadu szyny kolejowe Promocja Nikon D80 D80 kit kick koparki Bułgaria wczasy Karaoke tani kredyt hipoteczny COOLsurf