|
|
|
Anak Tupai Adventure Team[sunting] Sejarah PenubuhanAnak Tupai Adventure Team (ATAT) ® telah ditubuhkan pada sekitar tahun 2004. Idea penubuhan ini datangnya daripada pengasas ATAT iaitu saudara Syahrizam yang menyukai aktiviti lasak. Beliau telah merangka aktiviti ATAT yang pertama iaitu ekspedisi ke Taman Negara. Aktiviti ini disertai dan juga mendapat sokongan daripada beberapa orang kenalan beliau yang sama-sama telah mendaki Gunung Stong, Kelantan. Pada mulanya ATAT dikenali dengan nama Underground Club, tetapi telah diubah oleh saudara Syahrizam sempena terjumpanya seekor tupai oleh para pendaki ATAT di puncak Gunung Stong, yang juga aktiviti kedua ATAT. Timbulnya "anak" tupai sebenarnya diilhamkan dari sebuah lagu Keroncong Rakyat Kelantan iaitu "Ado seko anok tupa", iaitu lagu kegemaran saudara Syahrizam. Walaupun pada mulanya penukaran nama ini dibantah sekeras-kerasnya oleh 'co-founder' ATAT iaitu saudara Ruzman dan saudara Black atas sebab-sebab tertentu, sehingga kini nama ini masih kekal. Aktiviti ATAT seterusnya adalah ekspidisi ke Gunung Brincang dan Gunung Irau di Cameron Highland... dan juga Gunung Datuk di Negeri Sembilan.
Selain daripada aktiviti-aktiviti yang telah disebutkan di atas, ATAT telah menganjurkan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik seperti:
...dan banyak lagi
[sunting] Layari Lawan Web ATATLaman web rasmi A.T.A.T @ http://www.anaktupai.com/ Jurnal A.T.A.T @ http://atat-associates.blogspot.com/ Forum A.T.A.T @ http://www.anaktupai.com/forum/ [sunting] Aktiviti @ A.T.A.T
|