Allah

Rencana ini tidak memetik sebarang rujukan atau sumber. (Julai 2008)
Sila bantu kemaskini rencana ini dengan menambah petikan kepada sumber boleh dipercayai (bantuan). Sebarang bahan yang tidak disokong oleh sumber mungkin dicabar atau dibuang pada bila-bila masa.

Sebahagian siri dalam Islam


Sejarah Islam
Ajaran dan Kepercayaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Malaikat · Nabi dan Rasul · Kitab · Hari Akhirat · Qadar
Dua Kalimah Shahadah · Solat · Puasa · Mengerjakan Haji · Membayar Zakat dan Fitrah
Tokoh-Tokoh Utama

Nabi Muhammad s.a.w. · Saidina Abu Bakar · Saidina Umar · Saidina Uthman · Saidina Ali
Sahabat Nabi · Imam · Imam Mahdi · Tokoh Islam lain

Kitab & Undang-Undang
Al-Qur'an · Hadis · Surah
Mazhab · Syariah
Golongan Islam
Sunnah · Syi'ah · Sufi
Kota Suci Islam

Mekah · Madinah · Baitulmuqaddis

Aspek-Aspek Sosial
Kota Islam · Seni bina
Sains · Tamadun Islam
Kesenian · Takwim Hijrah · Khilafah · Politik Islam · Jihad
Lihat Juga
Rencana mengenai Islam
Bahasa Arab
الله
Transliterasi
Allāh
Terjemahan
Tuhan
Kata Allah dalam tulisan kaligrafi Arab.
Kata Allah dalam tulisan kaligrafi Arab.

Allah الله (dibaca ALlâh), adalah perkataan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Kata Allah digunakan secara khusus untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu, yang telah mencipta, mentadbir dan memilik alam semesta. Perkataan Allah digunakan dalam agama Islam, Yahudi dan Kristian dalam bahasa Arab. Dalam terjemahan Bible bahasa Melayu, perkataan Allah turut digunakan sebagai ganti perkataan Inggeris Lord. Tetapi perkataan Allah dalam terjemahan Bible bahasa Melayu masih diperdebatkan.

Perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk menggambarkan jamak (banyak) atau melambangkan apa-apa jantina, atau dinamakan untuk apa-apa yang selain dari Tuhan. Asal perkataan Allah dari dua perkataan Arab; (Al-) yang memberi erti khusus dan (-ilah) memberi erti Tuhan. Sebaik-baik translasi perkataan Allah itu ialah Tuhan yang ESA. Perlu juga ditekankan disini, bahawa usul perkataan Allah itu timbul dari kata buat Arab ta'allaha (atau alaha) yang memberi maksud yang disembah. Oleh itu, perkataan Allah itu boleh juga bermaksud: satu-satunya yang layak disembah.

Perlu difahamkan bahawa Allah, Tuhan yang satu, yang disembah oleh umat Islam adalah Tuhan yang sama yang disembah oleh pengikut Yahudi dan Nasrani.

Islam menolak penjelmaan Tuhan didalam rupabentuk manusia atau sesuatu apa jua pun. Tiada konsep individu terpilih atau bangsa terpilih dalam Islam. Setiap manusia, tanpa mengira apa-apa tercipta dengan keadaan fitrah sama adil. Yang membezakan darjat masing-masing pada sisi Allah adalah amal dan ketakwaan individu itu sendiri.

Contoh kata-kata yang menggunakan kata Allah:

Orang Islam tidak cuba menggambarkan Allah dalam apa cara sekalipun. Sebaliknya mereka hanya dituntut supaya beriman iaitu percaya dan membenarkan segala nama serta sifat Allah yang dinyatakan dalam nas-nas al-Quran dan Hadith yang jelas tanpa sebarang perincian, pengurangan, penyerupaan atau pengubahsuaian, sebaliknya beriman dengan semua nama dan sifat Allah yang telah dijelaskan sendiri oleh Allah dan RasulNya.

Beriman kepada Allah adalah Rukun Iman yang pertama. Beriman kepada Allah merangkumi tiga aspek keimanan iaitu:


1- Tauhid Ar-Rububiyyah
2- Tauhid Al-Uluhiyyah
3- Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

Senarai kandungan

[sunting] 1- Tauhid Ar-Rububiyyah

Ia ialah pengesaan Allah – ta`ala – dengan penciptaan, kerajaan dan pentadbiran; kata Allah – ta`ala – : «Adakah lagi pencipta selain daripada Allah? Dia merezekikan antum daripada langit dan bumi. Tidak ada Tuhan melainkan Dia» [Fatir: 3], dan berkata – Ta`ala – : «Maka adakah sesiapa yang mencipta sama seperti sesiapa yang tidak mencipta? Maka tidakkah antum ingat?» [An-Nahl: 17]

[sunting] 2- Tauhid Al-Uluhiyyah

ia ialah pengesaan Allah – subhanahu wata`ala – dengan penyembahan [`ibadah], dengan hendaklah manusia tidak mengambil bersama Allah sesuatu pun yang disembahnya dan didekati kepadanya, sebagaimana dia menyembah Allah – ta`ala – dan dia mendekat kepada-Nya, dan jenis inilah daripada tauhid yang orang-orang musyrikun telah sesat padanya, yang Nabi telah memerangi mereka dan menawan wanita-wanita, zuriat, harta, tanah dan negeri mereka, dan inilah tauhid yang dibangkitkan dengannya para rasul, dan diturunkan dengannya kitab-kitab.

[sunting] 3- Tauhid Al-Asma' Was-Sifat

Ia ialah pengesaan Allah – subhanahu wata`ala – dengan apa-apa yang dinamakan-Nya diri-Nya dengannya, dan disifatkan-Nya diri-Nya dengannya di dalam kitab-Nya, atau di atas lisan Rasuli Llah; dan hal itu ialah dengan mengisbatkan [mensabitkan, mengesahkan, berpegang dengan] apa-apa yang Allah – subhanahu wata`ala – sabitkannya untuk diri-Nya dengan tanpa pengubahsuaian dan tanpa pengabaian, dan dengan tanpa pindaan dan tanpa penyerupaan.

Contoh hal itu: Bahawa Allah – subhanahu wata`ala – telah menamakan diri-Nya dengan Al-Hayyi l-Qayyum [Yang Hidup, Yang Tertegak]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan Al-Hayy bahawa ia satu nama daripada nama-nama Allah, dan wajib ke atas kita untuk beriman dengan apa-apa yang dikandungnya oleh nama ini daripada ciri; dan ia ialah kehidupan yang sempurna yang tidak didahuluï dengan tiada, dan tidak diikutinya kebinasaan.

Dan Allah telah menamakan dirinya dengan As-Sami`u l-`Alim [Yang Mendengar, Yang Mengetahuï]; maka wajib ke atas kita untuk beriman dengan As-Sami` sebagai satu nama daripada nama-nama Allah, dan dengan As-Sam`I satu sifat daripada sifat-sifat-Nya, dan dengan sesungguhnya dia Mendengar, dan itulah hukum yang dikehendakinya oleh nama itu dan sifat itu; maka sesungguhnya mendengar tanpa pendengaran atau pendengaran dengan tiada kebolehan mendengar, ini ialah sesuatu yang mustahil, dan di atas hal ini, maka qiyaskanlah. Ibnu `Usaymin Abi Malik Muhammad Bin Hamid Bin `Abdu l-Wahhab (2006/ 1427H). Masa'il Fi l-`Aqidah. Misr: Maktabah `Ibadi r-Rahman & Maktabah Al-`Ulumi Wal-Hikam.

Aqidah tauhid (monotheism) adalah aqidah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul termasuklah Nabi Nuh, Ibrahim, Daud, Sulaiman, Musa dan Isa. Manakala Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir yang menyempurnakan risalah aqidah tersebut kepada semua kalangan manusia tanpa mengira keturunan, bangsa, bahasa, budaya dan warna kulit.




Serwery Teksty piosenek na A suplementy Meble wypoczynkowe Sposoby i metody na sukces powiększanie ćwiczenia hosting Hosting Folie do faksu dodatki krawieckie RTV forum Canon G9 Kredyty mieszkaniowe Pozycjonowanie kick koparki Bułgaria wczasy Karaoke tani kredyt hipoteczny COOLsurf