Abdul Aziz Majid
Tun Dr Haji Aziz Majid dilahirkan pada 10 Mac 1908 di Kajang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 10 Mei 1975 di kediaman rasminya di Sri Melaka ketika berusia 67 tahun. Jawatan terkahir beliau ialah Gabenor Negeri Melaka.
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Kajang, Kajang, Selangor. Beliau mendapat tempat dalam politik Tanah Melayu kerana berbahasa Inggeris dengan baik.
Pada bulan Mac 1948, beliau telah mengambil 'Second Deconshire Course' di Universiti Oxford, United Kingdom.
Beliau pernah menjadi seorang guru. Kemudian dilantik sebagai Pemungut Hasil Tanah, Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah. Kemudian sebagai Penolong Setiauasaha di pejabat Pesuruhjaya Tempatan Selangor. Pada 1 Februarai 1948, beliau sekali lagi dilantik sebagai Setiausaha Satu kepada Setiauasaha Kerajaan Selangor.
Selepas belajar di United Kingdom,beliau dulantik sebagai Pegawai Daerah Teluk Anson. Kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Negeri Sembilan dan Penolong Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri di Bahagian Pertahanan
Pada tahun 1952, beliau dilantik oleh Tunku Abdul Rahman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama.Kemudian pada 1 September 1954 dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.
Tahun 1956, beliau telah dilantik mewakili raja-raja dalam rombongan merdeka ke United Kingdom bagi membincangkan hal-hal pertahanan Malaya.
Setelah bersara dari politik , beliau dilantik sebagai Gabenor negeri Melaka dan tinggal di kediaman rasmi Sri Melaka sehingga beliau meninggal dunia. Sebuah sekolah rendah di Hulu Langat telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid.[1]
|