|
|
|
Abd Malek HussinAbd Malek Husin merupakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia (ISA) 1960. Beliau merupakan bekas setiausaha eksekutif Parti Islam seMalaysia /PAS. Kini beliau adalah Pengerusi Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia / Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel). .[1] Isteri beliau ialah Faridah Ishak (43) dan anak mereka bernama Sajdah Zahra (16) dan Nurul Zahra(11) dan dua yang lain. Selepas menyertai satu demonstrasi di Masjid Negara pada hari Jumaat, 25 September 1998, beliau telah ditahan oleh polis PDRM esoknya . Beliau ditahan selama 57 hari tanpa bicara dan dibebaskan hanya pada 21 November 1998 di bawah ISA.
[sunting] SamanPada Mac 1999, melalui peguam Sivarasa Rasiah , Abd Malek Hussin telah menfailkan saman menuntut ganti rugi RM30 juta dengan menamakan Asisten Supritendan (ASP) Borhan Daud) dari Cawangan Khas PDRM sebagai defendan ke-1, Tan Sri Rahim Noor defendan ke-2 dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ke-3. Abd. Malek diwakili peguam Sivarasa Rasiah dan M. Moganambal manakala semua defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Iznan Ishak. Semasa dalam tahanan , beliau mendakwa telah ditumbuk dan disepak hingga tidak sedarkan diri . Selain itu dipaksa minum air kencing serta deraan seksual di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. [sunting] Gantirugi RM2.5 jutaPada 18 Oktober 2007, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi am RM2.5 juta kepada Abd Malek Hussin . Ini kerana penahanan secara salah, ganti rugi am bagi kecederaan dan perubatan sebanyak RM500,000 serta RM1 juta bagi ganti rugi teladan. Laporan penghakiman setebal 41 muka surat ditulis dan disediakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus . Alasan hakim ialah :
[sunting] Turut hadirTurut hadir dalam perbicaraan ialah :
[sunting] Saksi ke-3Lans Korporal Abdul Hamid Jaafar ialah pegawai cawangan khas (SB)yang kini bertugas di IPK Melaka mula berkhidmat sebagai pegawai SB sejak 1976 selepas menghabiskan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) menjawab soalbalas oleh Timbalan Pendakwaraya (DPP) Kamarudin Mohd Said, Isnan Ishak dan Morhaji Selamat. Abdul Hamid Jaafar ditugaskan mengekori Malek Hussin dalam perjalanan pulang dari rumah Dato Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara dengan kereta Honda Accord / Civic.[2] [sunting] Kesan perbicaraan
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan |