|
|
2008
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2008. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2008 (nombor).
2008 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Selasa dalam kalendar Gregory.
Dalam astrologi Cina, kebanyakan daripada 2008, bermula daripada Februari 7, akan bertindih dengan Tahun Tikus (Tarikh-tarikh sebelum Februari 7 adalah sebahagian daripada Tahun Khinzir). Tahun Tikus akan berulang lagi pada tahun 2020.
- 1 Januari - Merokok diharamkan di semua tempat awam (termasuk bar dan restoran) di Portugal.
- 1 Januari - Cyprus, Malta, dan Akrotiri dan Dhekelia mula menggunakan mata wang euro.
- 2 Januari - Harga petroleum meningkat kepada AS$100 untuk satu tong.
- 2 Januari - Menteri Kesihatan Malaysia, Chua Soi Lek meletak jawatan selepas mengaku yang beliau telah difilem dengan kamera CCTV melakukan seks bersama dengan kawan perempuannya di dalam sebuah bilik di hotel.
- 3 Januari - Sebuah bom kereta telah meletup di Diyarbakır, Turki, membunuh sekurang-kurangnya 4 orang dan mencederakan 68 yang lain.
- 4 Januari - Rali Dakar yang ke-30 telah dibatalkan disebabkan oleh ketegangan politik dan juga pembunuhan empat pelancong Perancis pada 24 Disember 2007.
|