|
|
2000
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2000. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2000 (nombor).
2000 yang bermula pada hari Sabtu merupakan tahun lompat serta tahun terakhir dalam abad ke-20 bagi Takwim Gregory. Dalam Takwim Cina, tahun ini ialah Tahun Naga dan dalam takwim astrologi barat, tahun ini tahun Leo, si Singa. Kebudayaan popular menganggap tahun ini sebagai tahun pertama abad ke-21 serta Milenium ke-3. Bagaimanapun dalam Takwim Gregory, penghormatan ini jatuh pada tahun 2001. Ini adalah kerana abad ke-1 bermula dengan tahun 1 (tiadanya tahun sifar), dan abad ke-1 (atau seratus tahun pertama Masihi) adalah dari 1 Januari 1 Masihi hingga 31 Disember 100 Masihi. Banyak orang tahu akan fakta ini tetapi masih memilih untuk merayakan tahun 2000 sebagai permulaan alaf hanya kerana ia kelihatan 'betul'. Pemilihan 1 Masihi kemungkinannya tujuh tahun lebih lewat daripada kelahiran Jesus, dan 1 Januari ialah pilihan sejarah bagi Tahun Baru. Y2K berlalu tanpa sebarang masalah komputer yang teruk.
Tahun 2000 juga menandakan:
- 1 Februari - Pilihan Raya Umum 2000: Naib Presiden Al Gore memenangi pemilihan pendahuluan Demokratik New Hampshire, manakala George W. Bush memenangi pemilihan pendahuluan Republikan. Gary Bauer manarik diri daripada perlumbaan pada 4 Februari, diikuti oleh Steve Forbes pada 10 Februari.
- 2 Februari - Hari ini merupakan hari pertama sejak 28 Ogos 888 yang mana semua angka tarikh adalah genap.
- 4 Februari - Pemeras Jerman, Klaus-Peter Sabotta, dipenjarakan seumur hidup kerana mencuba membunuh dan memeras wang berhubung dengan sabotaj landasan kereta api Jerman.
- 6 Februari
- 7 Februari - Stipe Mesic dipilih sebagai presiden Croatia.
- 11 Februari - Sebuah letupan mencederakan berdozen-dozen orang tanpa pembunuhan di sebuah bank yang berhadapan dengan NYSE di Wall Street. Letupan ini merupakan letupan pertama dalam satu siri yang terdiri daripada 11 serangan pengganas (2/11/00 New York, 9/11/01 New York-DC, 5 dan 7/11/02 letupan New Delhi, serangan 4/11/03 yang mensasarkan orang-orang Jerman yang bercuti, 3/11/04 Madrid, Sepanyol, dan juga 7/7/05 di London).
- 11 Februari - Komik Peanuts asal yang terakhir diterbitkan, susulan kematian penciptanya, Charles Schulz.
- 14 Februari - Kapal angkasa lepas, NEAR Shoemaker, masuk orbit asteroid 433 Eros, dan menjadi kapal angkasa lepas pertama untuk mengelilingi sebuah asteroid.
- 17 Februari - Microsoft menerbitkan Windows 2000.
- Julai 2 - Perancis menewaskan Itali 2-1 untuk memenangi Euro 2000 dengan satu gol keemasan.
- Julai 2 - Vicente Fox, calon Parti Tindakan Nasional (PAN) yang berhaluan kanan, dipilih sebagai Presiden Mexico.
- Julai 10 - Di Nigeria selatan, sebatang talian paip yang bocor meletup dan membunuh kira-kira 250 orang kampung yang sedang mencari-cari gasolin.
- Julai 10 - Bashar al-Assad disahkan sebagai ketua Syria dalam sebuah pungutan suara negara.
- Julai 11-Julai 25 - Perdana Menteri Israel, Ehud Barak, dan ketua PLO, Yasser Arafat, bersidang di Camp David, tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan.
- Julai 18 - Alex Salmond meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Nasional Scotland.
- Julai 18 - Polis Sussex melancarkan siasatan pembunuhan selepas mayat seorang wanita yang ditemukan dekat Pulborough disahkan sebagai Sarah Payne yang dilaporkan hilang pada 1 Julai.
- Julai 21-Julai 23 - Negara-negara G-8 mengadakan Persidangan Kemuncak Tahunan Ke-26. Persoalan-persoalan termasuk AIDS, 'jurang digital', dan pengurangan kemiskinan dunia sehingga setengah menjelang 2015.
- Julai 25 - Sebuah Concorde dalam Penerbangan Perancis 4590 jatuh terhempas sebaik sahaja selepas naik terbang dari Paris, dan mengorbankan kesemua 109 orang di dalam pesawat serta 4 orang lagi di atas tanah.
- Julai 30 - Hugo Chávez, Presiden Venezuela, dipilih semula dengan 59% undi.
- Julai 31-Ogos 3 - Konvensyen Nasional Republikan di Philadelphia, Pennsylvania mencalonkan George W. Bush sebagai Presiden Amerika Syarikat dan Dick Cheney sebagai Naib Presiden.
- September 5 - Tuvalu menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
- September 6 - Breanna Lynn Bartlett-Stewart, anak Scott Stewart dan Lisa Bartlett, dilahir mati di Paragould, Arkansas. Lahir mati Breanna Lynn terkenal sebagai lahir mati pertama yang diselesaikan melalui ujian Kleihauer-Betke.
- September 6 - Bofors, pengilang senjata pemilikan Sweden sepenuhnya yang terakhir, dijual kepada United Defense, pengilang senjata Amerika Syarikat.
- September 6 - Pemimpin-pemimpin dunia menyertai Persidangan Kemuncak Milenium di Ibu Pejabat PBB.
- September 7-September 14 - Bantahan bahan api UK berlaku dengan penapisan minyak disekat dan bekalan kepada rangkaian stesen-stesen minyak di negara diberhentikan.
- September 8 - Albania secara rasmi menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia.
- September 14 - Microsoft menerbitkan Windows Me.
- September 15 - Olimpik Musim Panas 2000 bermula di Sydney, Australia.
- September 16 - Georgiy Gongadze, wartawan Ukraine, dinampak hidup buat kali terakhir; hari ini diambil sebagai hari peringatan kematiannya.
- September 16 - Alberto Fujimori, presiden Peru, menyeru pilihan raya baru yang tidak akan diambil bahagian olehnya.
- September 26 - Bantahan-bantahan anti-globalisasi di Prague (kira-kira 15,000 orang pembantah) menjadi ganas semasa persidangan-persidangan kemuncak IMF dan Bank Dunia.
- September 26 - Ekspres Samina, sebuah feri Greece, tenggelam berhampiran pulau Paros; 80 daripada lebih 500 penumpang terkorban.
- September 28 - Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel, melawat Candi Mount, semasa dilindungi oleh beberapa ratus anggota polis Israel. Rusuhan Palestina tercetus dan mengakibatkan pemberontakan bersenjata yang sepenuh (dikenali sebagai Al-Aqsa Intifada oleh pesimpati-pesimpati, dan Perang Oslo oleh penentang-penentang).
- September 29 - Long Kesh, sebuah penjara diraja di Ireland Utara, ditutup.
- Oktober 5 - Presiden Slobodan Milošević meletakkan jawatan selepas tunjuk-tunjuk perasaan yang meluas di seluruh Serbia serta penarikan balik sokongan Rusia.
- Oktober 6 - Kereta Mini yang terakhir dikeluarkan di Longbridge.
- Oktober 11 - 250 juta gelen tar batu arang kotor tumpah di Kaunti Martin, Kentucky. Kejadian ini dianggap sebagai satu bencana alam sekitar yang lebih teruk daripada tumpahan minyak Exxon Valdez.
- Oktober 12 - Di Aden, Yemen, USS Cole dirosakkan dengan teruk oleh dua buah pengebom membunuh diri yang meletakkan sebuah bot kecil yang mengandungi bahan letupan di sebelah pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat, dan membunuh 17 orang anak kapal serta mencederakan sekurang-kurang 39 orang lagi.
- Oktober 21: Lima belas orang pemimpin Arab bertemu di Kaherah, Mesir untuk persidangan kemuncak mereka yang pertama dalam empat tahun; perwakilan Libya meninggalkan persidangan itu dengan marah apabila terdapat tanda-tanda bahawa persidangan itu tidak akan memutuskan pertalian dengan Israel.
- Oktober 22 - Akhbar Mainichi Shinbun mendedahkan Shinichi Fujimura, ahli arkeologi Jepun, sebagai penipu; ahli-ahli arkeologi Jepun telah mendasarkan karya-karya mereka kepada dapatannya.
- Oktober 23 - Madeleine Albright mengadakan perbincangan dengan Kim Jong Il, diktator Korea Utara.
- Oktober 26 - Pihak berkuasa Pakistan mengumumkan bahawa polisnya telah menemukan sebuah mumia kuno puteri Parsi di provinsi Balochistan. Iran, Pakistan, dan Taliban semua menuntut mumia itu sehingga Pakistan mengumumkan pada 17 April 2001 bahawa mumia itu adalah suatu pemalsuan.
- Oktober 31 - Penerbangan Singapura 006 berlanggar dengan pelengkapan pembinaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai Shek dan mengakibatkan 83 orang terkorban.
- November - Krisis pelucutan senjata Iraq: Iraq menolak saranan terbaru pemeriksaan senjata oleh Majlis Keselamatan PBB.
- November 3 - Kebanjiran berlaku secara meluas di seluruh England dan Wales selepas hujan lebat mencurah-curah selama berhari-hari.
- November 7 - Pilihan raya presiden Amerika Syarikat, 2000: Pencabar Republikan, George W. Bush, menewaskan calon Demokrat, Naib Presiden Al Gore, tetapi keputusan terakhir tidak diketahui sehingga selepas lebih sebulan kerana undi-undi di Florida dipertikaikan.
- November 7 - Di London, sebuah geng penjenayah menyerang Kubah Milenium untuk mencuri berlian Bintang Milenium, tetapi ditangkap dalam perbuatan oleh pengawasan polis.
- November 7 - Hillary Rodham Clinton dipilih sebagai Senator, dan menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat untuk memenangi jawatan dalam kerajaan.
- November 11 - Bencana Kaprun, Austria: Sebuah kebakaran kereta kabel di dalam terowong Alp membunuh 155 orang pemain ski dan papan salji.
- November 14 - Netscape Navigator versi 6.0 dilancarkan selepas dua tahun pembangunan sumber terbuka untuk mencipta sebuah pelayar web yang stabil berdasarkan Mozilla.
- November 15 - Sebuah negara baru yang dikenali sebagai Jharkhand dibentuk dengan membahagikan kawasan Chhota Nagpur Selatan daripada Bihar di India.
- November 16 - Bill Clinton menjadi Presiden Amerika Syarikat penjawat kini yang melawat Vietnam.
- November 17 - Gelongsoran tanah yang membawa bencana di Log pod Mangartom, Slovenia, membunuh 7 orang dan mengakibatkan kerosakan sebanyak berjuta-juta SIT. Kejadian ini merupakan salah satu bencana yang paling teruk di Slovenia dalam seratus tahun.
- November 17 - Alberto Fujimori disingkirkan daripada jawatan presiden Peru.
- November 27 - Jean Chrétien dipilih semula sebagai Perdana Menteri Kanada ketika Parti Liberal menambah majoritinya di dalam Dewan Rakyat.
- November 28 - Oleksander Moroz, ahli politik Ukraine, mencetuskan Skandal Kaset ketika beliau menuduh Presiden Leonid Kuchma kerana terbabit dalam pembunuhan wartawan Georgiy Gongadze.
- Disember 1 - Vicente Fox menjadi Presiden Mexico.
- Disember 1 - Priyanka Chopra memenangi gelaran dalam Pertandingan Miss World di Kubah Milenium, London.
- Disember 13 - Bush lwn Gore: Mahkamah Agung Amerika Syarikat menghentikan penghitungan semula undi presiden di Florida dan memberikan, secara berkesan, negeri itu dan jawatan presiden kepada George W. Bush.
- Disember 13 - Texas 7, sekumpulan penjenayah, melarikan diri dari penjara di Kenedy, Texas, dan memulakan satu siri jenayah.
- Disember 24 - Texas 7 merompak sebuah kedai barangan sukan di Irving, Texas; pegawai polis Aubrey Hawkins ditembak mati.
- Disember 28 - Montgomery Ward, raksasa jualan runcit Amerika Syarikat, mengumumkan bahawa penutupannya selepas 128 tahun.
- Disember 30 - Pengeboman Hari Rizal: Satu siri pengeboman meletup di berbagai-bagai tempat di Metro Manila, Filipina dalam masa beberapa jam dan membunuh 22 orang serta mencederakan kira-kira 100 orang.
- Mei 11 - Paula Wessely, seniwati Austria (lahir 1907)
- Mei 12 - Adam Petty, pelumba kereta Amerika Syarikat (lahir 1980)
- Mei 14 - Keizo Obuchi, Perdana Menteri Jepun (lahir 1937)
- Mei 17 - Donald Coggan, Ketua Biskop Canterbury (lahir 1909)
- Mei 19 - Yevgeny Khrunov, angkasawan Rusia (lahir 1933)
- Mei 20 - Edward Bernds, pengarah filem Amerika Syarikat (lahir 1905)
- Mei 20 - Jean Pierre Rampal, pemain flut Perancis (lahir 1922)
- Mei 21 - Dame Barbara Cartland, penulis novel Inggeris (lahir 1901)
- Mei 21 - Sir John Gielgud, pelakon Inggeris (lahir 1904)
- Mei 21 - Mark R. Hughes, usahawan Amerika Syarikat dan pengasas Herbalife (lahir 1956)
- Mei 27 - Maurice Richard, pemain hoki Kanada (lahir 1921)
- Mei 31 - John Coolidge, anak lelaki Presiden Amerika Syarikat Calvin Coolidge (lahir 1906)
- September 2 - Elvera Sanchez, penari Amerika Syarikat (lahir 1905)
- September 6 - Breanna Lynn Bartlett-Stewart, bayi perempuan lahir mati Amerika Syarikat yang terkenal (lahir 2000)
- September 16 - Georgiy Gongadze, wartawan Ukraine (lahir 1969)
- September 17 - Nicole Reinhart, pelumba basikal Amerika Syarikat (lahir 1976)
- September 19 - Anthony Robert Klitz, pelukis British (lahir 1917)
- September 20 - Gherman Titov, angkawasan Soviet (lahir 1935)
- September 23 - Aurelio Rodríguez, pemain Liga Besbol Utama Mexico (lahir 1947)
- September 25 - R. S. Thomas, pemuisi Wales (lahir 1913)
- September 26 - Carl Sigman, penulis lagu Amerika Syarikat (lahir 1909)
- September 28 - Pierre Trudeau, Perdana Menteri Kanada (lahir 1919)
- Oktober 3 - Benjamin Orr, penyanyi bes the Cars (lahir 1947)
- Oktober 4 - Michael Smith, ahli kimia yang berasal dari England, pemenang Hadiah Nobel(lahir 1932)
- Oktober 9 - Patrick Anthony Porteous, penerima Victoria Cross Scotland (lahir 1918)
- Oktober 11 - Donald Dewar, Scottish politician (lahir 1937)
- Oktober 13 - Tony Roper, NASCAR Driver
- Oktober 15 - Konrad Emil Bloch, German-born biochemist, recipient of the Nobel Prize in Physiology or Medicine (lahir 1912)
- Oktober 21 - Reginald Kray, leading figure in organised crime in London, UK (lahir 1933).
- Oktober 22 - Rodney Anoa'i, American Wrestler known as Yokozuna (lahir 1966).
- Oktober 27 - Walter Berry, Bariton-bes Austria (lahir 1929)
- Oktober 30 - Steve Allen, pelakon lucu, penggubah, juruacara rancangan temu bual, dan penulis Amerika Syarikat (lahir 1921)
- November 6 - L. Sprague de Camp, penulis Amerika Syarikat (lahir 1907)
- November 7 - C Subramaniam, ahli politik India (lahir 1910)
- November 7 - Ingrid dari Sweden, permasuiri kepada Frederick IX of Denmark (lahir 1910)
- November 11 - Hugh Paddick, pelakon British (lahir 1915)
- November 22 - Sir Cyril Astley Clarke, pakar perubatan, ahli genetik dan entomologi, bekas Persatuan Kolej Pakar Perubatan Diraja (lahir 1907)
- November 27 - Damilola Taylor, mangsa pembunuhan (lahir 1989)
- November 28 - Liane Haid, seniwati Austria (lahir 1895)
- November 29 - Stanley Kiedrowski, mekanik radar Amerika Syarikat (lahir 1924)
|